r i s h a h

rishah

meet the author


Hi. I'm Nur Rishah, seventeen, still! An architecture student at IIUM.






Malam Terakhir !}
31 December 2011 | 9:01 PM | 0Comment


Malam ni , malam terakhir bagi tahun 2011 . Keseronokan kian terasa , kegembiraan tak lama lagi , ingin ku cuba untuk mencepatkan masa . Kadang2 ku rasa masa dulu lebih berbisa , kerana masa dulu yang aku suka , tak berapa seperti sekarang yang selalu ada duka ~ Inginku mengundurkan masa ke masa dahulu kerana aku mahu kecapi kebahagiaan . Adakah masa sekarang tidak seindah dulu ? Tidak kerana kebahagiaan dulu lebih kepada bahagia kerana terdapatnya banyak nabi2 yang taat kepada perintah ALLAH berbanding masa sekarang yang lebih banyak setannya . Semakin masa berjalan semakin ragu2 rasa hati . Bagaimana rasanya masa hadapan yang kita tidak tahu apakah yang akan terjadi . Adakah kemusnahan ? Berbeza dengan masa dahulu yang kita tahu apa yang telah terjadi . Bolehkah aku kembali ? Ke masa aku masih lagi sekecil bantal tidurku sekarang . Masa semakin cepat . Tidak sempat hendak bertaubat . Sekarang sebesar kerusi , malah lebih besar jika itu kehendak ALLAH . Yang Maha Esa . 

Semua yang tertulis di atas adalah ciptaan Rishah sendiri . Kepercayaan itulah yang akan selalu aku sanjung :)
Semoga ALLAH melindungi diri mu begitu juga keluargaku dan orang2 yang kusayangi , dan yang terakhir aku minta biar selamat adalah aku kerana aku lebih rela berkorban .



SELAMAT TAHUN BARU KU UCAPKAN . WALAUPUN TAHUN BARU BAGI UMAT ISLAM SUDAH LEPAS TAPI KITA MESTI MENGHORMATI PERAYAAN YANG ADA KERANA ITULAH NABI MUHAMMAD MENYURUH KITA ^_^



//Assalamualaikum\\